Followers

Tuesday, August 19, 2014

Pengambilan Sukarelawan PDRM September 2014

Salam, pengambilan terbuka bagi sukarelawan
polis PDRM bakal dijalankan pada 2 September 2014,
di Ipoh, Perak.

Sesiapa yang berminat boleh mendaftarkan diri di mana-                               

mana ibu pejabat polis daerah di negeri itu.

Pengambilan terbuka bermula dari 2 hingga 6 September 2014.
Kerja Dapat, Duit Pun Dapat

Syarat-syarat kelayakan

1. Jawatan Konstabel Sukarelawan Simpanan Polis Lelaki /Wanita Rujukan: KPN 140/3.
2. Elaun Penugasan - RM 6.00 Sejam.
3. Syarat Skim Perkhidmatan
3.1. Warganegara Malaysia.
3.2. Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 45 tahun pada tarikh temuduga.
3.3. Kelayakan:
3.3.1 Lulus SRP/PMR.
3.3.2 Mendapat kelulusan dan kebenaran dari Ketua Jabatan/ Majikan untuk berkhidmat sebagai Sukarelawan Simpanan Polis.
3.3.3 Bersih daripada sebarang tapisan rekod keselamatan.
3.3.4 Tidak menjadi ahli anggota lain-lain badan beruniform yang boleh dikerah tenaga di dalam keadaan darurat.
3.3.5 Pengawal Keselamatan/Jaga yang bertugas dengan Kerajaan/Badan Berkanun tidak layak memohon.
3.3.6 Sila sertakan 1 salinan kad pengenalan/Sijil Kelahiran, Sijil Akademik, Sijil Berhenti Sekolah/Tamat Sekolah dan kad pengenalan ibubapa/Sijil Warganegara ibubapa.
3.3.7 Perkhidmatan Sukarelawan Simpanan Polis adalah tertakluk kepada jadual perintah/peraturan/kaedah PVR Regulations 1956, Akta Polis 1967 (Akta 344) dan Perintah Tetap Ketua Polis Negara Bahagian A 502.
4. KELAYAKAN FIZIKAL
Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:-
4.1 Tinggi sekurang-kurangnya Lelaki :162 cm, Wanita : 152 cm
4.2 Berat badan sekurang-kurangnya Lelaki : 50 kg, Wanita : 48 kg
4.3 Ukuran dada 81 cm biasa, ukuran dada 86 cm tarik nafas (Lelaki sahaja);
4.4 Mempunyai penglihatan yang baik; 
4.5 Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat. DAN;
4.6 Diakui sihat oleh Pegawai Perubatan Kerajaan termasuk pemeriksaan X-Ray.

No comments:

Post a Comment